Monday, 23 June 2014

Lencana Sekolah







1. Mata pen melambangkan kemajuan ilmu
2. Obor melambangkan semangat dalam memimba ilmu pengetahuan.
3. Enam penjuru melambangkan rukun iman merangkumi Rukun Islam dan Rukun Negara yang perlu digagasi dan dihayati oleh semua murid.
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PAPAN
PETI SURAT 4, 81907 BANDAR PENAWAR
KOTA TINGGI
JOHOR.
MOTTO SEKOLAH
“ILMU  PELITA DIRI”
Menerangkan setiap murid yang menerima pendidikan yang baik dapat menyumbangkan dan berbakti kepada diri sendiri seterusnya kepada Agama, Bangsa dan Negara.
WARNA LENCANA
Warna Lencana Sekolah terdiri daripada 2 warna:
1-    Kuning
2-   Merah
Huraian maksud warna-warna tersebut :
MERAH - Berani menghadapi cabaran dan tidak mengaku kalah dalam apa  jua cabaran yang dihadapi. Cabaran itu sama ada di                        sekolah mahu pun di luar sekolah dalam segala bidang seperti akademik, pertandingan dan ko-kurikulum
KUNING - Berdaulat (SK Sungai Papan terletak dalam Negeri Johor Darul  Ta’zim Yang Beraja dan Berdaulat)

ALUMNI SK SUNGAI PAPAN

Adakah anda bekas pelajar SK Sungai Papan?

Adakah anda ingin menyumbang kepada sekolah?

Pihak sekolah telah menubuhkan alumni SK Sungai Papan untuk menyatukan bekas-bekas pelajar dan pengajar SK Sungai Papan untuk bersama-sama menyumbang ke arah kebaikan sekolah, demi manfaat para pelajar di sekolah.

Jika anda ingin menyertai alumni SK Sungai Papan, sila hubungi En Samsul atau Puan Azizah (Mereka suami isteri, bekerja di SK Sungai Papan)

En. Samsul bin Abd Wahab - 019 -7458021
Pn. Azizah bt Sadri                    - 019 -7452191


Anda juga boleh sertai Facebook Alumni SK Sungai Papan. Sila click gambar di bawah

https://www.facebook.com/pages/Alumni-SK-Sungai-Papan/330328890460754

Senarai Guru dan Kakitangan SK Sungai Papan

Guru Besar : En Mohd Johari bin Muda

Guru Penolong Pentadbiran : Encik Mohammad Haidil bin Misiran

Guru Penolong Kanan HEM : Puan Siti Zubaidah binti Mislihan

Guru Penolong Kanan K-Korikulum : Encik Addy Amey bin Zainal Abidin

Guru Pra-Sekolah : Encik Samsul bin Abdul Wahab

Guru-Guru Kelas

Tahun 1 : En Muhammad Syahir Bin Yaakop

Tahun 2 : En Abdul Rahman Bin H. A Bakar

Tahun 3 : En Mohd Asri Bin Buang

Tahun 4 : Pn Norlaila Bt Ahmad

Tahun 5 : En Nor Nik Man Bin Ramli

Tahun 6 : Cik Maslina binti Ayob

Guru Penyelaras Bestari / ICT : En. Muhammad Syahir Bin Yaakop

Guru Bahasa Melayu  : Encik Abdul Rahman bin A. Bakar

Pembantu Tadbir : Puan Norhayati binti Idrus
Pembantu Peng. Murid : Puan Azizah binti Sadri
Pembantu Am Pejabat : Puan Nurazimah binti Bardothan

Visi dan Misi Sekolah

Visi Sekolah


PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Misi Sekolah


MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

 

Saturday, 14 June 2014

Sejarah SK Sungai Papan


  • Bermula dengan sebuah kelas Al-Quran yang diasaskan oleh Syed Hamzah Bin Syed Ali pada tahun 1946 dengan seramai 20 orang pelajar.  Kemudian ditambah dengan mengajar matapelajaran Agama Islam,Tulisan Jawi dan Matematik.
  •  
  • Pada tahun 1948 membuka kelas untuk pelajar-pelajar Cina dan India untuk mendapat kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.     Kemudiannya terbentuk Sekolah Melayu Tanjung Serindit, Sekolah Cina dan Tamil Tanjung Serindit
  •  
  • Pada Tahun 1972 Sekolah Melayu Tanjung Serindit mendapat bangunannya sendiri hasil usaha Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Albar, dan  bertukar nama menjadi Sekolah Kebangsaan Sungai Papan